bila Pitih

Friday, September 28, 2012

....

as salam.

apa rasa...

bila kita comment atau bg pendapat secara personal read tidak melibatkan orang lain tapi tup2 kluar kat ruang lain....walau xde nama tapi kita tahu apa/siapa yang maksud tu.

hm....

kalau menulis tanpa berfikir panjang

i rest my case.

so long.

Wednesday, September 26, 2012

Monday, September 24, 2012

Shorty

As Salam


Lepas kerja tadi p Galaxy Ampang hantar lappy colleague.


Pas settle semua urusan tetiba kaki membawa diri ke saloon yg dah few times aku pg. Ngan yakin aku bg isyarat potong rambut kat bro Dee.


Panas seh sekarang. Rimas mak.

Rambut siap potong plus treatment.


Lega. Rambut pendek buat mak rasa mude :-P


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, September 23, 2012

terbukti tidak benar





Semalam 22 9 2012 aku n kenalan baru p panjat bangunan tinggalan ni. Memula aku baca kat fb dorang ttg bangunan ni.  since hari2 aku ngadap bangunan tu n macam2 cerita aku dengar so aku mmg ada menyimpan niat nak tengok sendiri

Alhamdulillah tiada aral n terbukti tidak benar spt kata org n tulisan kat hairan metro.

Aku tak snap byk gambar kat sana...just block sebelah je.

Oh ya...kenalan baru ni NGO berdaftar dari sebuah negeri kat Pantai Timur

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, September 22, 2012

White

As salam


White spt tajuk. Kucing jiran.

Asal stray AKA penjaga parking kat rumah. Dlu ms jiran amek masa dia sdg sgt sakit. Sekarang alhamdulillah White dah sihat n debab :-P


O yea..White dah jadi KKU kesan dari sakit dia dlu


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, September 20, 2012

Jerebu

As salam


Korang perasan tak...sejak beberapa minggu ni kat KL esp seperti di landa jerebu lagi


I since rumah kat atas bukit yang tak berapa orang nak tinggal ni mmg sangat nampak cuaca keliling esp bila waktu petang. Hmmmm


Kat tempat korang lak cane?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, September 19, 2012

Monday, September 17, 2012

nursing

as Salam


dah almost a week tak update blog....MALAS punya hal n minggu ni ada bz sebab nursing 2 two weeks old kittens. dorang ni anak mamaCat yg kami tiga orang resque. mama kitten ni dah lari mengikot jantan. HUH

jiran kat G floor decided kitaorang yang amek tugasan tu. aku jaga belah malam n belah siang jiran sorang lagi jaga..since dia ada kedai sdri. mudah utk dia hangkot bebudak yang masih tiada nama tu..rasa nak panggil deme JOJI n JOJO ajer :)



 mulot comot lepas nyonyot syusyu botol

 lepas habis syusyu carik gak nenen...sian dorang..terpaksa la bagi pluang dorang nyotnyot baju busuk

maaf gambar kurang jelas

and utk syusyu dorang...jiran tu supplykan yang berjenama kat bawah ni. 
mudah.boleh terus bagi kitten :)



abang Fitri pun nak gak syusyu.mamat ni jumpa few days b4 raya aritu..blom sempat puas merasa syuysu ibu  :(


Tuesday, September 11, 2012

Monday, September 10, 2012

alhamdulillah

as salam

ada seorang kenalan.
katanya akan ke Langkawi very soon.
nak jumpa sorang owner/pengusaha gamat.
nak proposed buat packing gamat dalam botol yg boleh spray utk kemudahan applikasi ke atas haiwan.

doakan semoga projek beliau berjaya dengan cemerlang. :)


gamat kat atas adalah sisa wedding kenalan blogger. pertamakali dapat wedding gift cenggini :)

Saturday, September 8, 2012

kejadian hari Jumaat

as salam

khamis pagi masa nak pg kerja nampak satu kotak yg ada kucing n anak kat depan pintu lift area. ada orang letak situ. hmmm. another stray cat beranak. terus aku sms seseorang update keadaan.
since pagi mmg nak cepat so aku amek n letak area aku park kete n terus g kerja.
petang balik kerja 2 jiran yang berkenaan dah menunggu utk menyelesaikan masalah. 
so I put my word to catch kucing tu ngan with her 2 kittens. oh ya..mamacat tu sangat protective menjaga anak. try tangkap tapi mamacat asek hissing je. tengah malam try lagik tapi tetap negative

di pendekkan crita..Jumaat esok hari tu otw balik aku terfikir smtg. cara terbaik utk tangkap mamacat yang garang tu. aku masukkan anak2 dia yg baru berusia dalam 3 hari dalam carrier. mak mana yang tak sayangkan anak kan...and kejap je perangkap aku menjadik. terus mamacat masuk dalam carrier n aku bagi dia masa few minutes and call kawan utk hantar ke rumah kawan lagi sorang. 

lega rasa sebab settle masalah mamacat ni.insyallah lepas 3 bulan kalau dia still menetap kat rumah kawan boleh la di ikat peranakan dia. 

kat parking ni dah makin banyak kucing yang datang....spesis bila lapar ade je muka tapi bila nak pegang/usap terus berdesupppp larik






dekat rumah kawan yang foster mamacat ni..diaekor di tempatkan dalam toilet yang sememangnya tak di guna pakai. terpaksa letakdalam tu sebab dia sangat garang n di takuti dia melarikan diri.
so harap sangat dia berubah lepas ni.

owh ya...jangan risau. tandas tu sangat selesa utk mamacat. mkanan kering n basah serta air mmg sentiasa di ganti :)


tapi ada gak yang tak lari bila kita datang usap :)



Thursday, September 6, 2012

kerja gila

as salam

malam kelmarin tetiba aku ada kat Melaka. temankan kawan buat kerja gila

member ajak temankan dia jumpa kawan lama. aku on je lepas dia kata balik malam tu gak. so lepas berbuka puasa n bagai...jam lapan gerak.

sampai sana dekat jam saplo n makan sembang posing..jam 11.30 gerak balik KL
jam 1.56 aku sampai puncak bukit. dalam kete otw balik mmg aku agak la laklok sebab ngantuk

hmmm lama dah tak buat kerja cam ni. 
sesekali mmg best la sebab kita dah mencabar diri.

harap masih mampu buat lagik.




gambar keletihan.sian abang Ngah jadik bahan model kat post ni :P

Tuesday, September 4, 2012

gambar raya 2012

as salam


raya tahun ni sempat berposing gambar keluarga saya yang kedua :)

laaaama dah xde gambar cam ni.

harap tahun2 hadapan ada laa macam ni lagik

eddleen je takde dalam ini punya gambar sebab dia sebok merajok. alahaiiii princess bucuk


31 Ogos 2012

as salam


weekend minggu merdeka me spend great time with bffs and close friends. 
malam 31st layan burger bakar kaw2 yang indah khabar dari rasa. tu tekak kite..tak tahu la taste tekak korang cane :)




next day attend majlis kenduri kawin kenalan blogger


pastu otw balik layan cendol bakar yg terbaekk. cendol bakar namanya. lokasi adalah area kg assam jawa, selangor :)


and next day lagik pegi Kg Pertak,Kuala Kubu Baru...berpicnic sakan. 

nak ke sana mesti lalu dam kat kuala selangor ni.
nampak tak betapa keringnya tempat tadahan air ini?? hmmm sendiri fikir la ye warga selangor sekalian :)



suka dengan nature n air kat tpt tu sangat sejuk dan bersih







 motif post gambar ni?? nak tunjuk btapa jernehnyaaa sungai ni. *sila focus yer*

jernihkan???

manyak syiokkk mandi sungai esp bila ada ini worang




:p

********************

posing time :)


oppa gagnam style


ade nyelit gak tu si adik ensem :P

indah alam ciptaan Allah. so sesama la kita menjaga keindahan dan kebersihan.